- JBS Melaka
- Hits: 39
PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN BUMI : PLOGGING KOMUNITI PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH SIRI 3 TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 39
𝗞𝗨𝗔𝗟𝗔 𝗟𝗜𝗡𝗚𝗚𝗜, 𝟮𝟵 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Bumi : Plogging Komuniti Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 3 Tahun 2025 telah berjaya dianjurkan di 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗸𝗮𝗻, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝗶𝗻𝗴𝗴𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮. Program ini merupakan kerjasama strategik antara Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 serta 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗱𝗮𝗻𝗴 𝗦𝗲𝗯𝗮𝗻𝗴.
Seramai 60 orang peserta terdiri daripada ahli 𝗦𝗲𝗸𝗿𝗲𝘁𝗮𝗿𝗶𝗮𝘁 𝗥𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗠𝘂𝗱𝗮 (𝗦𝗥𝗠) 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗔𝗴𝗿𝗼𝘀𝗮𝗶𝗻𝘀 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 (𝗨𝗖𝗔𝗠) serta pelajar dari 𝗦𝗠𝗞 𝗥𝗮𝗵𝗺𝗮𝘁, 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗕𝗮𝗿𝘂 turut serta dalam program berkonsepkan khidmat komuniti dan kelestarian alam sekitar ini.
Program bermula dengan perjalanan menaiki bot dari 𝗝𝗲𝘁𝗶 𝗘𝗰𝗼 𝗣𝗮𝘆𝗮 𝗟𝗲𝗯𝗮𝗿 ke 𝗝𝗲𝘁𝗶 𝗧𝗮𝗺𝗮𝗻 𝗟𝗼𝗸𝗮𝗻 selama 45 minit menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pihak 𝗣𝗲𝗿𝗯𝗮𝗱𝗮𝗻𝗮𝗻 𝗣𝗲𝗺𝗯𝗮𝗻𝗴𝘂𝗻𝗮𝗻 𝗦𝘂𝗻𝗴𝗮𝗶 𝗱𝗮𝗻 𝗣𝗮𝗻𝘁𝗮𝗶 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.
Pelbagai aktiviti menarik telah dijalankan antaranya 𝗯𝗿𝗶𝘀𝗸𝘄𝗮𝗹𝗸 sambil 𝗺𝗲𝗻𝗴𝘂𝘁𝗶𝗽 𝘀𝗮𝗺𝗽𝗮𝗵, aktiviti 𝗺𝗲𝗻𝗮𝗻𝗮𝗺 𝗽𝗼𝗸𝗼𝗸 𝗯𝗮𝗸𝗮𝘂 serta 𝗺𝗲𝗻𝗰𝗮𝗿𝗶 𝗹𝗼𝗸𝗮𝗻. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, peserta turut bergotong-royong 𝗺𝗲𝗻𝗴𝗲𝗰𝗮𝘁 𝗺𝘂𝗿𝗮𝗹 𝗝𝗮𝗹𝘂𝗿 𝗚𝗲𝗺𝗶𝗹𝗮𝗻𝗴 dan bendera negeri sebagai tanda semangat patriotik.
Selain itu, peserta juga berpeluang menikmati pengalaman unik dengan membakar dan merasa lokan hasil tangkapan sendiri serta merasai buah nipah yang dikutip di kawasan tersebut.
Program ini diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada kumpulan yang berjaya mengumpul sampah bahan kitar semula paling banyak dan paling berat, sekaligus memberi motivasi kepada belia untuk terus menyemai kesedaran menjaga alam sekitar.
Penganjuran program ini bukan sahaja memberi pengalaman baharu kepada para peserta, malah turut menggalakkan amalan gaya hidup sihat, semangat sukarelawan, dan kecintaan terhadap bumi serta negara.