- JBS Melaka
- Hits: 32
SESI LIBAT URUS PROGRAM ADVOKASI KOD SUKAN SELAMAT PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 32
MELAKA, 27 Ogos 2025 - Sesi Libat Urus Program Advokasi Kod Sukan Selamat Peringkat Negeri Melaka dengan kerjasama Kelab Berkanu Pulau Besar telah diadakan yang melibatkan wakil-wakil Agensi Kerajaan, Persatuan Sukan, Persatuan Belia serta Institusi Pengajian Tinggi Awam bertempat di The Shore Shopping Gallery. Seramai 150 orang peserta telah hadir ke sesi libat urus ini yang dikendalikan bersama Polis Diraja Malaysia Negeri Melaka dan Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Penolong Pengarah Kanan Sukan ; Encik Mohd Khairol bin Kamis. Turut hadir Presiden Kelab Berkanu Pulau Besar ; Nur Muhammad Azim bin Abd Manap, Wakil Decathlon ; Encik Mohd Safuan bin Rasdi dan Penolong Pengurus Operasi ; The Shore Shopping Gallery.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir menyertai program ini. Semoga program ini dapat memberikan pendedahan dan perkongsian maklumat yang berguna untuk memastikan persekitaran yang selamat dalam industri sukan khususnya di negeri Melaka.