PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN PRIHATIN : MOBILISASI SUKARELAWAN ANAK MALAYSIA (SATRIA) PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH SIRI 3/2025

TANGGA BATU, 25 OGOS 2025 (ISNIN) – Seramai 80 orang sukarelawan telah sama-sama hadir bersama masyarakat setempat dalam membantu kerja-kerja pembersihan Tanah Perkuburan Islam, Tangga Batu Kechil, Tangga Batu. Ianya adalah hasil kerjasama Lima Rakan Strategik Pejabat Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah iaitu Kolej Profesonal MARA Bandar Melaka, JPKK Solok Tangga Batu, Masjid Ibadur Rahman Tangga Batu Kechil, Kelab Rakan Muda Tangga Batu dan Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu.
Objektif program ini adalah untuk menggalakkan dan melahirkan sukarelawan dikalangan belia yang berpengetahuan, berkemahiran, prihatin, bertanggungjawab, mempunyai nilai-nilai kesukarelawanan yang tinggi, saling bantu membantu serta peka dengan keadaan sekeliling, memberi pendedahan kepada golongan belia melalui pembelajaran, pengalaman secara hands-on serta menggunakan inisiatif dan kreativiti dalam melaksanakan program/ aktiviti kesukarelawanan di peringkat akar umbi dan komuniti setempat dan membantu mengurangkan masalah kesihatan mental dengan melibatkan belia dengan aktiviti kemasyarakatan yang boleh meningkatkan keyakinan serta kemahiran sosial.
Majlis Perasmian Penutup Dan Penyampaian Sijil telah disempurnakan oleh ENCIK RIDZUAN BIN MOHAMAD RIPIN, Penghulu DUN Pantai Kundor mewakili YB DATUK TUMINAH BINTI KADI @MOHD HASHIM, Timbalan EXCO Pembangunan Usahawan, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Melaka merangkap ADUN Pantai Kundor. Tururt hadir Puan Nurhanani binti Tarik, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah, Puan Asma’ binti Ahmad Shukri, Kaunselor Kolej Profesional MARA Bandar Melaka, Encik Abdul Rafi Muiz bin Omar, Pengerusi Kelab Rakan Muda Tangga Batu dan Encik Mohamad Bukhairy bin Rabu, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Solok Tangga Batu.
Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat dan telah memberikan kerjasama yang cukup baik dalam merealisasikan pelaksanaan program ini.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search