- JBS Melaka
- Hits: 24
MAJLIS PERUNDINGAN BELIA NEGARA (MPBN) PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 24
𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟮𝟴 𝗢𝗚𝗢𝗦 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama rakan strategik, 𝗠𝗮𝗷𝗹𝗶𝘀 𝗚𝗮𝗯𝘂𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 telah menganjurkan Persidangan Majlis Perundingan Belia Negara (MPBN) Peringkat Daerah Alor Gajah bagi tahun 2025 dan telah dipengerusikan oleh 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah.
Persidangan ini telah berlangsung bertempat di 𝗕𝗶𝗹𝗶𝗸 𝗠𝗲𝘀𝘆𝘂𝗮𝗿𝗮𝘁 𝗗𝗮𝘁𝗼' 𝗗𝗼𝗹 𝗦𝗮𝗶𝗱, 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗗𝗮𝗲𝗿𝗮𝗵 𝗱𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗻𝗮𝗵 𝗔𝗹𝗼𝗿 𝗚𝗮𝗷𝗮𝗵 dan telah dihadiri oleh pelbagai wakil pertubuhan belia, agensi kerajaan serta badan bukan kerajaan (NGO) sekitar daerah Alor Gajah. Turut hadir bersama adalah 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝘂𝗵𝗮𝗺𝗺𝗮𝗱 𝗔𝗯𝗱𝘂𝗹 𝗛𝗮𝗳𝗶𝗱𝘇 𝗕𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗔𝗺𝗶𝗻, Timbalan Pengarah (Belia) Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Objektif utama persidangan ini adalah untuk merapatkan jurang komunikasi antara pihak berkuasa dengan golongan belia, di samping memperkukuh penglibatan belia dalam proses pembangunan masyarakat dan negara. Program ini merupakan satu platform penting yang memberi ruang kepada para belia untuk menyuarakan pendapat, mencadangkan idea serta berkongsi pandangan berkenaan isu-isu semasa yang melibatkan golongan muda di daerah ini.
Secara keseluruhannya, Persidangan MPBN Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 ini telah berjaya mencapai matlamatnya. Ia bukan sahaja membuka ruang perbincangan yang sihat dan konstruktif, malah turut memperkukuhkan jaringan kerjasama antara belia, agensi kerajaan, dan komuniti setempat. Diharapkan agar program seumpama ini dapat diteruskan dan ditambah baik pada masa akan datang demi memastikan suara belia terus diberi perhatian dan diambil kira dalam pembangunan negara.