MAJLIS PERUNDINGAN BELIA DAERAH MELAKA TENGAH BAGI TAHUN 2025

AYER KEROH, 21 OGOS 2025 - Majlis Perundingan Belia Daerah (MPBD) Peringkat Melaka Tengah 2025 yang dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Shaiful Hizam Bin Johan, Pegawai Daerah Melaka Tengah telah dilaksanakan dengan jayanya pada 21 Ogos 2025 di Bilik Gerakan Daerah, Pejabat Daerah Dan Tanah Melaka Tengah.
Seramai 50 orang Ahli Majlis terdiri daripada, Barisan kepimpinan MGBD Melaka Tengah yang terdiri daripada pelbagai badan gabungan NGO di daerah Melaka Tengah, Agensi kerajaan yang dilantik oleh pengerusi serta pemerhati dari Ahli Dewan Udangan (ADUN) Belia Melaka turut dijemput menyertai persidangan kali ini. Turut hadir ialah Encik Zailani Bin Siran, Prngarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
MPBD Peringkat Melaka Tengah 2025 kali ini membahaskan 6 isu dan usul yang berkait rapat berkenaan isu ekonomi, sosial dan kesihatan belia. Hasil perbincangan 3 daripada 6 usul akan diangkat untuk dibahaskan ke peringkat Majlis Perundingan Belia Negara Peringkat Negeri Melaka yang akan berlangsung pada bulan Sept 2025.
Terima kasih diucapkan kepada semua Ahli Majlis Persidangan yang hadir ke MPBD Melaka Tengah pada tahun ini. Kehadiran dan komitmen yang diberikan dalam memastikan segala isu dan usul yang di bawa oleh anak muda di peringkat akar umbir dapat didengari dan di bincangkan bersama.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 15-10-2025, 10:35:17

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search