KERJASAMA AGENSI NEGERI MELAKA LANCARKAN HSN MELAKA 2025

MERLIMAU, 2 Oktober – Sesi Lawatan Tapak Jawatankuasa Kecil Keselamatan dan Kecemasan Sempena Hari Sukan Negara (HSN2025) Peringkat Negeri Melaka telah diadakan di Dataran Orang Kampung, Merlimau dengan kehadiran agensi Negeri Melaka.
Sesi ini turut melibatkan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pihak berkuasa tempatan, badan beruniform dan NGO bagi memastikan aspek keselamatan, kecemasan dan kelancaran program berada pada tahap terbaik.
Antara agensi yang hadir ialah Ibu Pejabat Polis Daerah Jasin, Pejabat Kesihatan Daerah Jasin, Majlis Perbandaran Jasin, Japerun Merlimau, RELA Jasin, SWCorp Negeri Melaka serta beberapa badan NGO.
Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Zailani bin Siran, berkata sesi lawatan ini penting bagi menyelaras persediaan keselamatan, trafik, perubatan dan kebersihan di lokasi penganjuran program utama.
Beliau menambah, kerjasama erat semua pihak diyakini mampu memastikan penganjuran HSN2025 Peringkat Negeri Melaka berjalan lancar dan mencapai matlamat untuk menggalakkan masyarakat mengamalkan gaya hidup sihat serta memperkukuh semangat perpaduan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search