- JBS Melaka
- Hits: 52
KUNJUNG HORMAT SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA (SUK) SEMPENA HSN MELAKA 2025
- JBS Melaka
- Hits: 52
AYER KEROH, 29 September 2025 – Sesi kunjung hormat oleh Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kepada Datuk Wira Azhar bin Haji Arshad, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Pejabat Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka hari ini.
.
Kunjungan ini bertujuan untuk membentangkan serta memohon sokongan Datuk Wira bagi penganjuran Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka yang bakal berlangsung pada 11 Oktober 2025 di Dataran Orang Kampung, Merlimau.
.
Ayuh warga Melaka! Sama-sama kita meriahkan HSN2025 dan semarakkan semangat bersukan demi kesihatan dan perpaduan negara!
