PROGRAM LITERASI KEWANGAN BELIA NEGERI MELAKA MEDIUM BELIA BIJAK URUS PERBELANJAAN

MELAKA, 30 September 2025 - Program Literasi Kewangan Belia Peringkat Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Politeknik Merlimau Melaka dengan penyertaan seramai 184 orang peserta.
.
Objektif utama program ini adalah membangunkan kemahiran yang membolehkan peserta menguruskan kewangan mereka secara sistematik, termasuk membuat perancangan jangka pendek dan panjang. Selain itu juga, peserta diperkenalkan kepada konsep asas seperti bajet, simpanan, pelaburan dan pengurusan hutang supaya mereka mampu membuat keputusan kewangan yang bijak.
.
Antara agensi terlibat adalah di bawah Bank Negara Malauysia dan Financial Education Financial Education Network (FEN) iaitu AKPK, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Bank Simpanan Nasional dan Financial Planning Association of Malaysia.
.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh Ts. Zan Aizuwan bin Zainal Abidin, Timbalan Pengarah Sokongan Akademik, Politeknik Merlimau Melaka. Hadir sama Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; dan Encik Saibie Bin Ibrahim, Penolong Pengarah Kanan 1, Jabatan Belia dan Sukan Negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search