- JBS Melaka
- Hits: 18
PROGRAM RAKAN BUMI LESTARI ALAM LE TOUR DE LANGKAWI 2025 NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 18
Alor Gajah, 3 Oktober 2025- Telah berlangsung
Program Rakan Bumi Lestari Alam Le Tour De Langkawi 2025 Negeri Melaka bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Yang Berusaha Datuk Sabrina binti Thalas, Pegawai Daerah Alor Gajah, yang turut mengetuai acara simbolik penanaman pokok sebagai tanda komitmen bersama dalam usaha melestarikan alam sekitar.
Program yang dianjurkan bersempena Le Tour de Langkawi 2025 ini menghimpunkan pelbagai pihak termasuk Jabatan Belia dan Sukan Melaka, Jabatan Perhutanan Negeri, Jabatan Pertanian, Majlis Sukan Negeri Melaka, serta Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Alor Gajah.
Sebanyak 50 pokok ditanam melalui aktiviti gotong-royong yang disertai oleh tetamu jemputan dan sukarelawan sebagai simbol tanggungjawab bersama terhadap kelestarian bumi.
