- JBS Melaka
- Hits: 38
KEJOHANAN LIGA SUKAN KOMUNITI PERINGKAT KEBANGSAAN 2025 MELABUHKAN TIRAINYA
- JBS Melaka
- Hits: 38
UNITEN BANGI, 28 September 2025 - Pertandingan Liga Sukan Komuniti (LSK) Peringkat Kebangsaan 2025 telah berakahir dengan penuh semangat kesukanan dan sokongan padu daripada kontinjen masing-masing. Sebanyak 15 kontinjen dari seluruh negara telah mengambil bahagian dalam kejohanan ini, dan menjadikannya platform terbaik mencungkil bakat di kalangan komuniti dalam bidang sukan.
Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YBrs. Puan Azura binti Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara. Turut hadir, YBrs Encik Zailaini bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
Terima kasih buat Pasukan LSK Negeri Melaka yang telah menunjukkan semangat juang yang tinggi.
*Come Back Stronger Team*
