AKSI LINCAH BMX MERIAHKAN MELAKA X-STREET COURSE HSN MELAKA 2025

MERLIMAU, 11 Oktober 2025 – Aksi penuh gaya dan berani mewarnai Melaka X-Street Course 2025 (BMX Street) sempena HSN Melaka 2025 yang berlangsung di Dataran Orang Kampung, Merlimau sempena Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025.
.
Program yang menarik minat golongan belia ini menampilkan peserta berbakat dari seluruh negeri, mempamerkan kehebatan mereka dalam sukan ekstrem berbasikal BMX. Persembahan penuh adrenalin itu berjaya mencuri tumpuan pengunjung dengan pelbagai aksi ‘trick’ dan lompatan memukau.
.
Penganjuran acara ini bukan sahaja menyemarakkan semangat kesukanan, malah menjadi platform mencungkil bakat baharu dalam arena sukan ekstrem di Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search