GOLONGAN KURANG UPAYA MENJADI PELENGKAP HSN MELAKA 2025

MERLIMAU, 11 Oktober 2025 - Penyertaan golongan kurang upaya (OKU) dalam Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 membuktikan semangat inklusif dan kesaksamaan dalam sukan. Kehadiran mereka bukan sahaja menyerikan acara, malah menjadi simbol ketabahan dan semangat juang yang tinggi.
.
Penglibatan ini turut memberi mesej bahawa sukan adalah untuk semua, tanpa mengira kemampuan fizikal, sekali gus menyokong aspirasi kerajaan dalam membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat dan penyatuan masyarakat.
.
Antara aktiviti sukan golongan OKU yang terdapat di Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Negeri Melaka 2025 ialah Pertandingan Kemahiran Bola Keranjang (Speed Dribble and 10M Dribble), "Beat Us If You Can!", Sukaneka Komuniti Pekak dan Pin And Point (Sitting Volleyball).
.
Kelancaran aktiviti ini turut disokong oleh empat badan persatuan yang memainkan peranan penting, iaitu Persatuan Olimpik Khas Negeri Melaka, Persatuan Sukan dan Rekreasi Orang Kurang Upaya Negeri Melaka, Persatuan Sukan Orang Pekak Negeri Melaka serta Pusat Rehabilitasi PERKESO Tun Abdul Razak, yang bersama-sama memastikan kejayaan penganjuran program ini dengan penuh semangat kesukarelawanan dan kebersamaan.
.
Kerajaan Negeri Melaka terus menunjukkan komitmen tinggi dalam memperkasa pembangunan sukan untuk golongan kurang upaya, sejajar dengan kepimpinan prihatin di bawah pentadbiran YAB Ketua Menteri Melaka yang sentiasa menitikberatkan penyertaan inklusif dalam arena sukan negeri.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search