PROGRAM TAYANGAN SKRIN BESAR PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025 : PERLAWANAN PIALA AFC ASEAN CUP (MALAYSIA VS LAOS)

𝗣𝗨𝗟𝗔𝗨 𝗦𝗘𝗕𝗔𝗡𝗚, 𝟭𝟰 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Tayangan Skrin Besar sempena perlawanan Piala AFC ASEAN Cup 2025 antara pasukan Malaysia dan Laos telah berjaya dilaksanakan di Bandar Satelit, Pulau Sebang, Melaka. Program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan kehadiran seramai lebih kurang 200 orang penonton yang hadir untuk memberi sokongan kepada pasukan Harimau Malaya.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran 𝗬𝗕. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗣. 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, Exco Belia, Sukan dan NGO Negeri Melaka, yang sudi meluangkan masa bersama-sama komuniti menyaksikan perlawanan tersebut. Turut hadir ialah 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗞𝗵𝗮𝗶𝗿𝗼𝗹 𝗯𝗶𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗶𝘀, Penolong Pengarah (Bahagian Sukan) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Selain tayangan utama perlawanan, beberapa aktiviti sampingan turut diadakan bagi memeriahkan suasana seperti pertandingan netball & penalty goal shooting, aktiviti teka gol, serta cabutan bertuah untuk para pengunjung. Suasana sepanjang program berlangsung amat meriah dengan sorakan penyokong yang penuh semangat patriotik.
Perlawanan berakhir dengan keputusan berpihak kepada pasukan Malaysia yang menewaskan Laos dengan jaringan gol 5 – 1, sekali gus menggembirakan semua yang hadir. Secara keseluruhannya, program ini mencapai objektifnya dalam mengeratkan hubungan komuniti setempat serta menyemarakkan semangat kesukanan dan kecintaan terhadap pasukan bola sepak negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search