- JBS Melaka
- Hits: 4
PERTANDINGAN BIGGEST LOSER KBS PERINGKAT NEGERI MELAKA 2025 MELABUHKAN TIRAINYA
- JBS Melaka
- Hits: 4
MERLIMAU, 11 Oktober 2025 - Telah berlangsung Penyampaian Hadiah bagi Pertandingan Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka di Dataran Orang Kampung Merlimau sempena Hari Sukan Negara Melaka 2025.
.
Majlis Penyampaian Hadiah telah disempurnakan Oleh YB Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia dan Sukan dan Badan Bukan Kerajaan NGO. Turut hadir Datuk Hj. Mustafa Bin Musa, Senator Dewan Negara; Datuk Rahizi Bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin; Encik Muhammad Zahiruddin Bin Mohd Zahari, Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Encik Razali Bin Khamis, Ketua Unit Integriti Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia.
.
Program telah berlangsung dari 4 Mei hingga 6 September 2025. Pelbagai program Intervensi telah dilaksanakan antaranya Senamrobik, Aerobikthon, Long Slow Distance (LSD), Fun Walk, Taklimat Pemakanan Sihat dan lain2 aktiviti kecergasan untuk peserta Biggest Loser Melaka.
.
Dua kategori telah dipertandingkan iaitu Lelaki dan Wanita. Johan kategori Lelaki ialah Encik Muhammad Hasif Bin Nasaruddin yang telah berjaya menurunkan berat badan sebanyak 27.3 Kg manakala bagi kategori wanita johan dimenangi oleh Puan Nur Khairul Nabila Binti Kamaruddin yang telah menurukan berat badan sebanyak 15.6 Kg.
.
Pemenang kategori lelaki dan wanita masing-masing menerima Rm1500, diikuti Rm800 untuk naib johan dan Rm300 bagi tempat ketiga.
.
Syabas dan Tahniah diucapkan kepada semua pemenang Biggest Loser KBS Peringkat Negeri Melaka 2025 serta ucapan terima kasih kepada Jabatan Kesihatan Negeri Melaka, Majlis Sukan Negeri Melaka dan Myfitjoy Aerobics Club atas kerjasama dalam menjayakan pertandingan ini.
