- JBS Melaka
- Hits: 16
MELAKA GARISAN PENAMAT GEMILANG KJOM ZON SELATAN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 16
AYER KEROH, 14 Oktober 2025 - Mesyuarat Penyelarasan Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Kembara JOM) Tahun 2025 Peringkat Zon Selatan telah berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Melaka.
.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Encik Zailani Bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.
.
Mesyuarat telah dihadiri Bahagian Pembangunan Belia KBS, JBS Negeri Sembilan, Pejabat Pendaftaran Belia Zon Selatan, Pejabat Parlimen Hang Tuah Jaya, Majlis Gabungan Belia Negeri Melaka, Jabatan Agama Islam Negeri Melaka dan Majlis TVET Negeri Melaka.
.
Kembara Jumpa Orang Muda 2.0 (Kembara JOM) Tahun 2025 Peringkat Zon Selatan akan berlangsung selama 3 hari 2 malam dari 7 hingga 9 November 2025 di Bukit Katil, Melaka melibatkan 60 peserta dari 3 negeri iaitu Melaka, Negeri Sembilan dan Johor.
