- JBS Melaka
- Hits: 4
PROGRAM LATIHAN PUSAT KONTINJEN PARA SUKMA - PING PONG
- JBS Melaka
- Hits: 4
Melaka, 25 Oktober 2025 - Telah berlangsung majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka kepada Pasukan Para Ping Pong Negeri Melaka, melibatkan seramai 10 orang atlet para serta 2 orang pengurus dan jurulatih bertempat di PingPort Center, Melaka. Seterusnya penyerahan honorarium kepada Pasukan Para Memanah Negeri Melaka melibatkan 1 orang atlet para dan 1 orang pengurus turut diadakan bertempat di Padang Memanah Jebat, Melaka.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan semangat juang atlet para negeri Melaka dalam persiapan menghadapi temasya Para SUKMA 2026. Semoga suntikan semangat dan penghargaan ini menjadi pemangkin kepada kejayaan cemerlang kontinjen para Melaka di pentas kebangsaan.
