PERKHEMAHAN BELIA NEGERI MELAKA 2025 SEMPENA PROGRAM Y-HUB MELAHIR BELIA AKTIF

MELAKA, 26 Oktober 2025 – Perkhemahan Belia (Y-Hub) Peringkat Negeri Melaka 2025 yang berlangsung di Pulau Besar pada 25 dan 26 Oktober 2025 telah berjaya menarik penyertaan seramai 60 orang belia dari seluruh negeri.
Program ini merupakan anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) dengan kerjasama Kelab Sukan Rekreasi Redtma, bertujuan memperkukuh semangat kepimpinan, membina jati diri serta menggalakkan penglibatan belia dalam aktiviti sihat dan berfaedah.
Pelbagai aktiviti menarik telah dilaksanakan sepanjang program seperti Kraf Perkhemahan, Island Trekking, Sesi Suai Kenal, Permainan Dalam Kumpulan, Senaman Malaysia Aktif, Kayak dan Wall Climbing yang memberi peluang kepada peserta mengasah kemahiran komunikasi, kerjasama berpasukan serta ketahanan fizikal dan mental.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Encik Muhammad Abdul Hafidz Mohd Amin, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka. Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan melahirkan golongan belia yang aktif, berdaya saing dan mempunyai semangat kepimpinan yang tinggi dalam menghadapi cabaran masa kini.
Program ini juga merupakan salah satu inisiatif Kementerian Belia dan Sukan melalui pendekatan pembangunan belia akar umbi bagi memperkukuh potensi modal insan belia sebagai pemacu pembangunan strategik negara pada masa hadapan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search