PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN MUZIK : RENTAK SENI PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025

𝗔𝗟𝗢𝗥 𝗚𝗔𝗝𝗔𝗛, 𝟮𝟰 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 – Program Rakan Muda Rakan Muzik : Rentak Seni Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya melibatkan tiga siri penganjuran pada 22, 23 dan 24 Oktober 2025 bertempat di 𝗨𝗻𝗶𝘃𝗲𝗿𝘀𝗶𝘁𝗶 𝗞𝘂𝗮𝗹𝗮 𝗟𝘂𝗺𝗽𝘂𝗿 – 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮𝗻 𝗜𝗻𝘀𝘁𝗶𝘁𝘂𝘁𝗲 𝗼𝗳 𝗖𝗵𝗲𝗺𝗶𝗰𝗮𝗹 𝗮𝗻𝗱 𝗕𝗶𝗼𝗲𝗻𝗴𝗶𝗻𝗲𝗲𝗿𝗶𝗻𝗴 𝗧𝗲𝗰𝗵𝗻𝗼𝗹𝗼𝗴𝘆 (𝗨𝗻𝗶𝗞𝗟-𝗠𝗜𝗖𝗘𝗧), 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮.
Program ini telah disertai seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada golongan belia daerah Alor Gajah. Ia merupakan anjuran bersama Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Alor Gajah, Universiti Kuala Lumpur – MICET, Melaka, serta Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang, Melaka.
Penganjuran program ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada golongan belia dalam bidang seni muzik dan persembahan, disamping memupuk semangat kreativiti, kerjasama berpasukan dan minat mendalam terhadap bidang kesenian. Peserta turut diberi bimbingan oleh jurulatih berpengalaman, 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗕𝗶𝘀𝗺𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗜𝗯𝗿𝗮𝗵𝗶𝗺 daripada 𝗣𝗲𝗿𝘀𝗮𝘁𝘂𝗮𝗻 𝗞𝘂𝗺𝗽𝘂𝗹𝗮𝗻 𝗧𝗮𝗿𝗶 𝗧𝗿𝗶𝘀𝘄𝗮𝗿𝗮 𝗦𝗲𝗻𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 yang berkongsi ilmu serta teknik asas dalam penghasilan persembahan seni muzik dan tari.
Majlis Perasmian Penutup Program telah diadakan pada 24 Oktober 2025, dan telah disempurnakan oleh 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗗𝗿. 𝗙𝗮𝗵𝗺𝗶 𝗔𝘀𝘆𝗮𝗱𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗳, Timbalan Dekan Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UniKL-MICET. Turut hadir sama 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah, serta 𝗦𝗮𝘂𝗱𝗮𝗿𝗮 𝗠𝗼𝗵𝗱 𝗛𝗮𝗶𝗿𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝘂𝗯𝗯𝗮𝗵𝗮𝗿, Naib Ketua Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Padang Sebang, Melaka.
Program ini diharap dapat menjadi platform kepada golongan belia untuk mengembangkan potensi dalam bidang seni muzik serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, institusi pendidikan dan pertubuhan belia tempatan.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search