PROGRAM KEM BELIA @ RAKAN PRIHATIN PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2025

𝗣𝗢𝗥𝗧 𝗗𝗜𝗖𝗞𝗦𝗢𝗡, 𝟮𝟲 𝗢𝗞𝗧𝗢𝗕𝗘𝗥 𝟮𝟬𝟮𝟱 - Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah berjaya dilaksanakan pada 24 hingga 26 Oktober 2025 bertempat di 𝗣𝗗𝗦 𝗧𝗿𝗮𝗶𝗻𝗶𝗻𝗴 𝗖𝗮𝗺𝗽, 𝗣𝗼𝗿𝘁 𝗗𝗶𝗰𝗸𝘀𝗼𝗻, 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗦𝗲𝗺𝗯𝗶𝗹𝗮𝗻. Program ini telah menghimpunkan seramai 50 orang peserta belia yang berpotensi dan bersemangat untuk melibatkan diri dalam aktiviti pembangunan diri serta kepimpinan belia.
Penganjuran kem ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dalam kalangan belia berhubung matlamat hidup serta tanggungjawab terhadap diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Selain itu, ia juga berperanan memberi pendedahan kepada para peserta mengenai bahaya dan kesan permasalahan sosial yang semakin membimbangkan dalam kalangan generasi muda masa kini.
Sepanjang program berlangsung, pelbagai aktiviti telah dijalankan bagi memupuk semangat kepimpinan, kerjasama dan keyakinan diri dalam kalangan peserta. Antara pengisian menarik sepanjang kem ialah latihan kepimpinan, aktiviti kerjasama kumpulan, ceramah dan sesi motivasi yang dikendalikan oleh wakil-wakil agensi kerajaan. Aktiviti-aktiviti tersebut bukan sahaja mencabar ketahanan fizikal dan mental peserta, malah turut mengasah kemahiran komunikasi serta kebolehan mereka bekerja dalam kumpulan.
Majlis perasmian penutup program telah disempurnakan oleh 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗼𝗱𝗶𝗸𝗶𝗻 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗹𝗶, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah. Turut hadir dalam majlis tersebut ialah 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗙𝗮𝗱𝘇𝗿𝘂𝗹𝗵𝗶𝘀𝗵𝗮𝗺 𝗯𝗶𝗻 𝗕𝗮𝗻𝗶, Pengurus Operasi dan Pemasaran PDS Training Camp Sdn. Bhd.
Secara keseluruhannya, Program Kem Belia @ Rakan Prihatin Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2025 telah mencapai objektif penganjurannya. Para peserta menunjukkan disiplin, komitmen serta semangat kerjasama yang tinggi sepanjang program berlangsung. Melalui penganjuran program seumpama ini, diharapkan golongan belia akan terus diberi peluang untuk menimba pengalaman, memperkukuh jati diri dan menjadi ejen perubahan yang positif dalam masyarakat serta negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search