SESI LIBAT URUS PINDAAN AKTA PEMBANGUNAN SUKAN 1997 (AKTA 576) ZON SELATAN

Kompleks CMI Melaka, 28 Oktober 2025 - Telah berlangsung Sesi Libat Urus Pindaan Akta Pembangunan Sukan 1997 (AKTA 576) Peringkat Zon Selatan melibatkan penyertaan daripada Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Penganjuran sesi ini adalah bagi mendapatkan pandangan, input dan maklum balas daripada pelbagai pemegang taruh sukan berhubung cadangan pindaan terhadap Akta 576 yang di kawal selia oleh Pesuruhjaya Sukan Malaysia, agar ia kekal relevan dan selaras dengan keperluan semasa pembangunan sukan negara.
Seramai 150 orang hadir ke sesi libat urus ini yang terdiri daripada pelbagai sektor iaitu agensi Kerajaan Persekutuan, Negeri, Badan Berkanun, Persatuan Sukan, IPTA/IPTS dan Syarikat-Syarikat yang terlibat dalam industri sukan khususnya.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 02-12-2025, 13:13:59

Copyright © 2025 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search