- JBS Melaka
- Hits: 15
HONORARIUM PASUKAN PARA ANGKAT BERAT NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 15
Melaka, 28 Oktober 2025 – Majlis penyerahan honorarium Program Latihan Pusat Kontinjen Para SUKMA Melaka telah berlangsung melibatkan Pasukan Para Powerlifting Negeri Melaka melibatkan 3 orang atlet para dan seorang penggerak telah menerima honorarium tersebut.
Majlis penyerahan telah disempurnakan oleh YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bertempat di Dataran Belia Merlimau. Dalam majlis yang sama turut diadakan penyerahan baju latihan Para Negeri Melaka kepada atlet dan penggerak sukan yang terlibat.
Program ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka bagi menghargai komitmen dan memperkukuh persediaan atlet para negeri menjelang Para SUKMA 2026, sekali gus mencerminkan komitmen tinggi negeri dalam memperkasa pembangunan sukan para.
