- JBS Melaka
- Hits: 31
SENAMAN WARGA EMAS DAERAH JASIN 2026 SIRI 6
- JBS Melaka
- Hits: 31
Merlimau, 23 November 2025 – Program Senama Warga Emas Daerah Jasin 2026 Siri 6 telah berlangsung dengan penuh meriah di perkarangan Surau Ar-Rahman, Kampung Solok Kilang Berapi, Merlimau. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin ini berjaya menarik penyertaan warga emas dari sekitar kawasan Merlimau yang hadir bagi menyertai aktiviti senaman dan kesihatan.
Program ini bertujuan memupuk gaya hidup sihat dalam kalangan warga emas melalui aktiviti fizikal ringan yang sesuai dengan kemampuan mereka, di samping menggalakkan interaksi sosial dan semangat komuniti. Para peserta turut diberikan penerangan berkaitan penjagaan kesihatan asas serta kepentingan aktiviti kecergasan berkala.
Menurut pihak urusetia, penganjuran siri ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan akan diteruskan di lokasi-lokasi lain sekitar Daerah Jasin sebagai usaha berterusan meningkatkan kesejahteraan warga emas.
Program berakhir sekitar tengah hari dengan suasana ceria serta penghargaan kepada semua peserta dan sukarelawan yang terlibat.
