- JBS Melaka
- Hits: 32
KLAS MENDAKI TEMBOK TIRUAN PERINGKAT NEGERI MELAKA TAHUN 2025
- JBS Melaka
- Hits: 32
Bandar Utama, 20 November 2025 – Seramai 50 orang peserta telah menyertai Kursus Latihan Asas Sukan (KLAS) Mendaki Tembok Tiruan Peringkat Negeri Melaka Tahun 2025, yang berlangsung selama dua hari bermula 19 hingga 20 November 2025 bertempat di Camp 5, 1 Utama, Bandar Utama.
Program dengan kerjasama Kelab Olahraga Parameswara ini bertujuan memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai asas sukan mendaki tembok tiruan melalui latihan teori dan amali yang dikendalikan oleh jurulatih bertauliah. Peserta diberi bimbingan mengenai teknik asas pendakian, kawalan pergerakan, penggunaan peralatan, serta aspek keselamatan yang menjadi keutamaan dalam sukan ini.
Sepanjang kursus, para peserta turut menjalani sesi latihan praktikal di dinding panjat profesional Camp 5, yang menyediakan pelbagai laluan dengan tahap kesukaran berbeza. Aktiviti berbentuk simulasi situasi sebenar turut dijalankan bagi meningkatkan keyakinan, ketahanan mental dan fizikal, serta keupayaan bekerja dalam pasukan.
Penganjuran kursus ini merupakan salah satu inisiatif untuk mengembangkan minat belia terhadap sukan mendaki dan melahirkan lebih ramai pelapis negeri dalam sukan berprestasi tinggi. Keupayaan peserta menguasai kemahiran asas dengan baik sepanjang program menunjukkan potensi besar untuk diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
Majlis perasmian penutup telah disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia Dan Sukan Negeri Melaka, Zailani Siran dan seterusnya menyampaikan sijil penyertaan kepada para peserta.
