PROGRAM RAKAN MUDA RAKAN DEMOKRASI : UNDI ORANG MUDA / SIMULASI PILIHANRAYA PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH SIRI 2 TAHUN 2025

ALOR GAJAH, 22 NOVEMBER 2025 - Program Rakan Muda Rakan Demokrasi : Undi Orang Muda / Simulasi Pilihan Raya Peringkat Daerah Alor Gajah Siri 2 Tahun 2025 telah berlangsung dengan jayanya sebagai satu inisiatif memperkasa literasi demokrasi dan kesedaran pengundian dalam kalangan belia. Program ini merupakan anjuran Pejabat Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah dengan kerjasama 𝗣𝗲𝗷𝗮𝗯𝗮𝘁 𝗣𝗶𝗹𝗶𝗵𝗮𝗻 𝗥𝗮𝘆𝗮 𝗡𝗲𝗴𝗲𝗿𝗶 𝗠𝗲𝗹𝗮𝗸𝗮 serta 𝗚𝗲𝗿𝗮𝗸𝗮𝗻 𝗕𝗲𝗹𝗶𝗮 𝟰𝗕 (𝗠) 𝗖𝗮𝘄𝗮𝗻𝗴𝗮𝗻 𝗞𝗮𝗺𝗽𝘂𝗻𝗴 𝗟𝗼𝗻𝗱𝗮𝗻𝗴.
Seramai 100 orang peserta belia terlibat dalam pelbagai pengisian yang menjurus kepada pendedahan proses pilihan raya, peranan sebagai pengundi muda serta latihan simulasi pengundian sebagai persediaan menghadapi pilihan raya sebenar.
Majlis perasmian telah disempurnakan oleh 𝗬𝗔𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗲𝗿𝗶 𝗨𝘁𝗮𝗺𝗮 𝗔𝗯 𝗥𝗮𝘂𝗳 𝗯𝗶𝗻 𝗬𝘂𝘀𝗼𝗵, Ketua Menteri Melaka, yang dalam ucapannya menekankan kepentingan belia sebagai penentu landskap demokrasi negara pada masa hadapan.
Turut hadir majlis perasmian ialah barisan tetamu kehormat; 𝗬𝗕 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗩.𝗣 𝗦𝗵𝗮𝗻𝗺𝘂𝗴𝗮𝗺 𝗮/𝗹 𝗩. 𝗣𝗶𝘁𝗰𝗵𝗮𝘆, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan NGO’s Negeri Melaka; 𝗬𝗕𝗵𝗴. 𝗗𝗮𝘁𝘂𝗸 𝗦𝗮𝗯𝗿𝗶𝗻𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗧𝗵𝗮𝗹𝗮𝘀, Pegawai Daerah Alor Gajah; 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗭𝗮𝗶𝗹𝗮𝗻𝗶 𝗯𝗶𝗻 𝗦𝗶𝗿𝗮𝗻, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗣𝘂𝗮𝗻 𝗡𝗼𝗿𝗮𝗻𝗶𝘇𝗮 𝗯𝗶𝗻𝘁𝗶 𝗦𝗵𝘂𝗶𝗯, Timbalan Pengarah Pejabat Pilihan Raya Negeri Melaka; 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗕𝗮𝘀𝗵𝗶𝗿 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝗯𝘂 𝗕𝗮𝗸𝗮𝗿, Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Alor Gajah; 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗦𝗮𝗶𝗳𝘂𝗹 𝗠𝗮𝗮𝗿𝗼𝗳 𝗯𝗶𝗻 𝗠𝗮𝘀𝗿𝗼𝗺, Timbalan Pengarah Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Alor Gajah serta 𝗬𝗕𝗿𝘀. 𝗘𝗻𝗰𝗶𝗸 𝗔𝗵𝗺𝗮𝗱 𝗙𝗮𝗶𝘇 𝗯𝗶𝗻 𝗔𝘇𝗶𝘇, Pengerusi Gerakan Belia 4B (M) Cawangan Kampung Londang.
Penganjuran siri kedua ini jelas menunjukkan komitmen pelbagai agensi dan rakan strategik dalam memastikan golongan belia memahami tanggungjawab sivik serta berupaya membuat keputusan bermaklumat dalam proses demokrasi negara.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search