866 ORANG PESERTA DAERAH JASIN BERJAYA DITAULIAH DALAM MAJLIS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA NEGERI MELAKA SIRI 1/2025

MERLIMAU, 18 November 2025 - Majlis Pentauliahan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Siri 1/ 2025 telah berlangsung dengan jayanya di Dewan Titanium, Politeknik Merlimau Melaka. Seramai 300 orang peserta hadir menerima Sijil Pentauliahan dalam majlis berkenaan.
.
Majlis Penyampaian Sijil Pentauliahan Pingat Perak dan Gangsa ARPRM telah disempurnakan oleh Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan Dan Badan Bukan Kerajaan Negeri
Melaka.
.
Turut hadir Puan Nur Hasyiqin Binti M Ali Othman @ M Ali,
Penolong Pengarah, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia Dan Sukan Negara; Encik Zailani Bin Siran, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka; Left. Kolonel Tuan Norizam Bin Sekak, Pengarah Politeknik Merlimau Melaka; Encik Haniff Bin Omar, Penolong Pengarah Unit Pembangunan Bakat Murid, Jabatan Pendidikan Negeri Melaka; Puan Asliza Binti Yusof, Penolong Pengarah Kanan HEP, Uitm Jasin; dan Cik Hajah Musalmah Binti Mohammad, Timbalan PPD, Sektor Perancangan Pejabat Pendidikan Daerah Jasin.
Seramai 866 orang peserta daerah berjaya ditauliahkan dengan 583 peserta pingat Gangsa dan 283 peserta pingat Perak.
.
Antara badan operasi ARPRM yang terlibat ialah Politeknik Merlimau Melaka, MRSM Tun Ghafar Baba, SMK Selandar, SMK Tun Syed Zahiruddin, SMK Dang Anum, SMK Tun Perak, SMK Sungai Rambai dan UiTM Jasin.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search