- JBS Melaka
- Hits: 28
LAWATAN PEMERIKSAAN PERAKUAN SIAP KERJA BAGI PROJEK MENAIK TARAF GELANGGANG FUTSAL DI KOMPLEKS BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 28
AYER KEROH, 21 November 2025- Telah berlangsung lawatan pemeriksaan perakuan siap kerja bagi Projek Menaik Taraf Gelanggang Futsal di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Tujuan lawatan pemeriksaan siap kerja ini merangkumi semakan skop kerja, pembekalan alatan sukan, kemasan akhir dan kerja-kerja pembersihan tapak projek.
Satu Gelanggang Futsal baharu di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka ini dibina bagi memenuhi permintaan belia setempat dan menjadikan kompleks ini kawasan tumpuan semua aktiviti sukan di Negeri Melaka khususnya.
Sesi pemeriksaan ini telah dihadiri oleh Encik Muzaizi bin Mohammad, Pengurus KOMBES Negeri Melaka, Puan Nurhanani binti Tarik dan Encik Mohd Ariff bin Mohamad Arifin selaku Pegawai Pemantauan Projek Pembangunan JBSNMelaka.
Warga Melaka, ayuh meriahkan KOMBES Melaka!
