- JBS Melaka
- Hits: 36
PERSATUAN SUKAN TERUS DIPERKASA DENGAN SUMBANGAN PERALATAN
- JBS Melaka
- Hits: 36
AYER KEROH, 4 DISEMBER 2025 - Telah berlangsung Sesi Penyerahan barangan lupus kepada Kelab Sukan Rekreasi REDTMA yang telah berlangsung di Kompleks Belia Dan Sukan Negeri Melaka.
Sumbangan tersebut bertujuan menaik taraf kemudahan penginapan dan merupakan komitmen JBSNMelaka dalam menyokong pembangunan program belia, sukan dan rakan muda di peringkat komuniti. Penyediaan kemudahan yang lebih selesa diyakini dapat meningkatkan, tumpuan dan tarikan pengguna kemudahan ke Negeri Melaka dalam jangka panjang.
Sesi Penyerahan ini telah disempurnakan oleh Encik Muzaizi bin Mohammad, Pengurus Kompleks Belia dan Sukan Negeri Melaka. Hadir sama Encik Abbas yang merupakan wakil Kelab Sukan Rekreasi REDTMA
