- JBS Melaka
- Hits: 45
KJOM 2.0 ZON SELATAN 2025 TUTUP TIRAI DENGAN PENUH SEMANGAT DAN SANTAI
- JBS Melaka
- Hits: 45
BUKIT KATIL, 30 November 2025 – Kembara Jumpa Orang Muda (KJOM) 2.0 Zon Selatan 2025 melabuhkan tirai dengan penuh warna dan menyatukan dengan penyertaan 3 hari seramai 740 orang peserta dari Melaka, Johor dan Negeri Sembilan dalam suasana santai namun sarat pengisian bermanfaat.
.
Majlis Penyerahan Semula Anak Angkat dan Majlis Penutup telah disempurnakan oleh YB Tuan Adam Adli Abd Halim, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
.
Menjangkau komuniti akar umbi di Bukit Katil, program kali ini benar-benar mencorakkan pengalaman baharu apabila pelbagai aktiviti inklusif, santai dan dekat dengan jiwa anak muda digerakkan sepanjang kembara tiga hari tersebut.
.
Antara yang mencuri perhatian ialah Program Keluarga Angkat yang menyemai hubungan mesra antara peserta dan komuniti setempat, disusuli Ceramah Ilmiah, Gotong-Royong Komuniti, serta Ziarah Kasih yang menzahirkan keprihatinan terhadap golongan memerlukan.
.
Tidak kurang meriahnya, Kenduri Rakyat, Jualan Madani, Jualan FAMA, Pameran Agensi Kerajaan, Sukaneka Konda-Kondi, serta sesi Aerobik menjadikan KJOM 2.0 medan yang bukan sahaja informatif malah menyeronokkan.
.
Dengan sambutan luar biasa dan penglibatan aktif belia akar umbi, KJOM 2.0 Zon Selatan 2025 sekali lagi membuktikan peranan pentingnya sebagai platform mendekatkan agensi kerajaan dengan masyarakat secara lebih santai, terbuka dan berimpak.
.
Program berakhir tetapi semangatnya kekal—belia bersama komuniti, komuniti bersama belia. KJOM 2.0 terus menjadi tanda aras keterlibatan belia yang segar, relevan dan dekat di hati.
