MAJLIS PENYERAHAN GELANGGANG SEPAK TAKRAW TAMAN TAMBY CHIK KARIM

Batu Berendam, 14 Januari 2026 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Gelanggang Sepak Takraw Taman Tamby Chik Karim yang disempurnakan dan disaksikan oleh YB Datuk VP Shanmugam A/L Pitchay, EXCO Pembangunan Sukan, Belia dan NGO Negeri Melaka serta Tuan Allex Seah Shoo Chin, YB ADUN Kesidang.

Majlis ini menandakan penyerahan rasmi gelanggang kepada komuniti setempat sebagai usaha memperkukuh pembangunan sukan akar umbi dan menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan masyarakat.

Turut hadir ialah En. Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, bersama wakil agensi terlibat dan penduduk setempat.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search