KUNJUNG HORMAT YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YAPEIM) NEGERI SEMBILAN DAN MELAKA KE JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 13 Januari 2026 - YBrs. Tuan Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah menerima Kunjung Hormat daripada Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) Negeri Sembilan dan Melaka.

Kunjung Hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan Kerjasama Strategik dan Hala Tuju dalam Pelaksanaan Program serta mengeratkan ukhuwwah di antara kedua-dua pihak. Satu taklimat ringkas berkaitan pengenalan dan fungsi YAPEIM telah disampaikan oleh Pengurus Sumber Dana iaitu Puan Rahimah binti Nor Ali.

Hadir bersama dalam pertemuan ini adalah Encik Azharry bin Giman (Pengurus Sosioekonomi), Encik Mohd Rahaizad bin Ahmad (Pegawai Sumber Dana) dan Encik Norazizi bin Daud (Pegawai Sumber Dana).

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search