MAJLIS BACAAN YAASIN JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGERI MELAKA

AYER KEROH, 23 Januari 2026 – Majlis Bacaan Yaasin Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat JBSN Melaka yang dihadiri oleh Pengarah JBSN Melaka YBrs. Encik Zailani bin Siran dan Seluruh Warganya. Majlis bacaan yaasin ini telah dipimpin oleh Encik Zamzul Qamar bin Mohd Jamil.

Majlis ini merupakan Program Penerapan Nilai Murni yang bertujuan untuk memohon keberkatan, rahmat serta perlindungan dalam pelaksanaan tugas agar segala amanah dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan ikhlas serta diberi kejayaan.

Selain itu juga, bacaan yaasin ini dihadiahkan kepada Mantan Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara iaitu YBhg. Dato' Haji Fathul Razi bin Hj. Bakri yang telah kembali ke rahmatullah pada 22 Januari 2026.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 03-02-2026, 15:28:53

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search