- JBS Melaka
- Hits: 9
BENGKEL DASHBOARD BELIA PERKUKUH PENGURUSAN DATA & PELAPORAN JBS MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 9
AYER KEROH, 19 Januari 2026 – Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) terus komited memperkasakan tadbir urus data belia menerusi penganjuran Bengkel Tatacara Pengurusan Dashboard Belia Tahun 2026 yang berlangsung di Bilik Mesyuarat JBS Negeri Melaka.
Bengkel yang disertai seramai 30 orang kakitangan dan pegawai ini bertujuan memberi pendedahan serta latihan intensif kepada focal point berkaitan fungsi, modul dan penggunaan sistem Dashboard Belia secara menyeluruh.
Melalui bengkel ini, peserta didedahkan kepada kaedah pengurusan data belia yang lebih sistematik, tepat dan bersepadu, sekali gus memperkukuhkan proses pelaporan program serta menyokong penggunaan data dalam merancang, memantau dan menilai keberkesanan inisiatif pembangunan belia di negeri Melaka.
Taklimat dan sesi perkongsian ilmu telah disampaikan oleh Mohd Rizal Mohd Sham, Eksekutif Penyelidik Kanan IYRES serta Wan Suriani Wan Jamal, Eksekutif Penyelidik IYRES, yang berkongsi kepakaran berkaitan analisis data dan aplikasi sistem dalam pengurusan program belia.
Penganjuran bengkel ini mencerminkan kesungguhan JBSNM dalam memanfaatkan teknologi digital dan data berimpak tinggi bagi memastikan setiap program belia dilaksanakan secara lebih berfokus, berkesan dan berteraskan keperluan sebenar golongan muda.
Inisiatif ini juga selari dengan usaha memperkukuh ekosistem pembangunan belia yang progresif, inklusif dan mampan di Negeri Melaka.
