- JBS Melaka
- Hits: 14
SESI MENANDATANGANI SURAT SETUJU TERIMA (SST) OLEH SYARIKAT HAMARISA TRADING SDN BHD
- JBS Melaka
- Hits: 14
AYER KEROH, 23 Januari 2026 - Satu Sesi Menandatangani Surat Setuju Terima telah diadakan antara Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dan Syarikat Hamarisa Trading Sdn Bhd yang telah berjaya dalam Sebutharga bagi Perkhidmatan Pembersihan Luar dan Dalam Bangunan JBSN Melaka.
Sesi tersebut menandakan persetujuan rasmi pelantikan Syarikat Hamarisa Trading Sdn Bhd melaksanakan skop perkhidmatan yang telah ditetapkan selaras dengan terma dan syarat kontrak.
JBSN Melaka berharap dengan pelantikan ini, pihak syarikat akan memberikan mutu perkhidmatan yang terbaik bagi memastikan tahap kebersihan dan landskap yang lebih teratur dan kondusif di premis/jabatan.
