- JBS Melaka
- Hits: 20
MAJLIS MAKAN MALAM KESUKE JBSNM ERATKAN SILATURAHIM
- JBS Melaka
- Hits: 20
Majlis Makan Malam Kelab Sukan dan Kebajikan (KESUKE) Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) berlangsung dalam suasana penuh kemeriahan, harmoni dan keakraban bertempat di Hotel Ibis Melaka.
Majlis telah disempurnakan dengan ucapan perasmian oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, selaku Penasihat Kelab KESUKE, yang menzahirkan penghargaan dan terima kasih atas komitmen padu seluruh warga jabatan.
Majlis turut diserikan dengan persembahan kreatif dan penuh semangat daripada pelbagai bahagian dan unit, antaranya Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Bahagian Belia, Bahagian Sukan, Bahagian Rakan Muda, PBSD Melaka Tengah, PBSD Alor Gajah, PBSD Jasin serta KOMBES. Setiap persembahan mencerminkan keunikan, kreativiti dan semangat kerja berpasukan yang tinggi dalam kalangan warga JBSNM.
