- JBS Melaka
- Hits: 17
MAJLIS AMANAT KETUA PENGARAH JABATAN BELIA DAN SUKAN NEGARA TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 17
AYER KEROH, 21 Januari 2026 – Telah berlangsung Majlis Amanat Jabatan Belia dan Sukan Negara Tahun 2026 bersama Ketua Pengarah JBSN iaitu YBrs. Puan Azura binti Abidin bertempat di Menara KBS dengan kehadiran Pengarah Bahagian dan Semua Warga JBS Negara serta penyertaan secara atas talian oleh JBSN Negeri Seluruh Malaysia.
Dalam amanat yang disampaikan, YBrs. Ketua Pengarah menekankan bahawa tahun 2026 menuntut seluruh warga untuk mempertingkatkan kualiti profesionalisme kerja sukan, memperkukuhan penyampaian perkhidmatan dengan menekankan nilai integriti iaitu sifar ketirisan, pengukuhan kerjasama strategik dalam pelaksanaan program yang berimpak tinggi demi kecemerlangan organisasi.
Majlis ini turut diserikan dengan tayangan montaj video pencapaian dan kejayaan Jabatan Belia dan Sukan Negara sepanjang tahun 2025. Semoga amanat ini menjadi pemangkin semangat baharu kepada seluruh warga untuk terus melangkah ke hadapan dengan lebih progesif, komited dan berintegriti selaras dengan matlamat organisasi
