- JBS Melaka
- Hits: 28
BAHANG APBN MELAKA 2026 MULA TERASA
- JBS Melaka
- Hits: 28
AYER KEROH, 17 Januari 2026 - Persiapan Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Negeri Melaka 2026 secara rasmi telah bermula menerusi penganjuran Bengkel dan Taklimat Persiapan Bakal Calon APBN Melaka 2026 yang menghimpunkan barisan belia berpotensi dari seluruh negeri.
Seramai 17 orang bakal calon kategori Individu Lelaki dan Wanita serta 6 buah pertubuhan belia telah menyertai bengkel ini sebagai langkah awal memperkukuh kefahaman, strategi dan kualiti penyertaan ke pentas anugerah belia paling berprestij negara.
Bengkel berimpak tinggi ini dikendalikan oleh Dr Zulisman Maksom, Pensyarah Kanan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) dan En Mohd Fidaus bin Mazlan, Penolong Pendaftar Kanan Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Selatan, yang berkongsi panduan teknikal, kriteria penilaian serta amalan terbaik dalam penyediaan pencalonan.
Program ini turut diserikan dengan kehadiran En Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM), yang hadir memberi suntikan semangat dan dorongan moral kepada para peserta agar tampil lebih bersedia, yakin dan kompetitif dalam merebut pengiktirafan APBN Melaka 2026.
Inisiatif awal ini dilihat sebagai platform penting dalam melahirkan calon belia dan pertubuhan belia Negeri Melaka yang berkualiti, berdaya saing serta mampu mengharumkan nama negeri di peringkat kebangsaan.
