- JBS Melaka
- Hits: 30
PENYERAHAN SIJIL PEMIMPIN ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA
- JBS Melaka
- Hits: 30
Ayer Keroh, 2 Mac 2026 – Telah berlangsung Majlis Penyerahan Sijil Pemimpin Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) yang disampaikan oleh Pn. Nurhanani Binti Tarik, Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka kepada Cikgu Tan Ben Siang, Pengerusi Persatuan Gandingan Bersatu Malaysia Negeri Melaka.
Seramai 18 orang peserta daripada Persatuan Gandingan Bersatu Malaysia Negeri Melaka telah menghadiri Kursus Pemimpin ARPRM yang berlangsung pada 3 hingga 4 Januari 2026 bertempat di SMK Methodist (ACS) Melaka.
Penganjuran kursus ini membuka ruang kepada penambahan pemimpin-pemimpin baharu ARPRM sekali gus memperluaskan penyertaan golongan remaja dalam program tersebut. Dengan pertambahan pemimpin yang terlatih, proses penglibatan peserta dalam ARPRM pada masa akan datang dijangka dapat dilaksanakan dengan lebih teratur dan berkesan.
