- JBS Melaka
- Hits: 45
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH JASIN 1447H / 2026M (HARI KEEMPAT)
- JBS Melaka
- Hits: 45
Selandar, 5 Mac 2026 - Telah berlangsung Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Daerah Jasin 1447H / 2026M (Hari Keempat) dengan jayanya bertempat di Surau As Syakirin ADTEC JTM Kampus Selandar.
Pengisian program adalah Tadarus Al-Quran secara berkumpulan yang melibatkan seramai 270 orang peserta terdiri daripada penuntut serta Pegawai dan Kakitangan ADTEC JTM Kampus Selandar.
Program ini bertujuan menyemarakkan amalan membaca Al-Quran sepanjang bulan Ramadan, di samping memupuk penghayatan nilai kerohanian serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta yang terlibat. Semoga program seperti ini terus memberi manfaat dan menjadi platform pengisian rohani kepada warga kampus.
