SEMANGAT EKOR HARIMAU DI JAPERUN AYER LIMAU

Ayer Limau, 31 Mac 2026 – Suasana di JAPERUN Ayer Limau, Melaka bertukar menjadi lautan emosi dan sorakan apabila Program Tayangan Skrin Besar Melaka 2026 berlangsung dengan penuh meriah telah menghimpunkan kira-kira 350 orang komuniti setempat dalam satu malam yang sarat dengan semangat kesukanan.

Program ini turut diserikan dengan kehadiran YB Datuk Hameed bin Mytheen Kunju Basheer, Exco Kerja Raya, Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Pengangkutan Negeri Melaka, YBrs. Encik Mohd Nizam bin Ismail, Pengarah Penggalakan dan Pembangunan Sukan, Jabatan Belia dan Sukan Negara serta YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka yang bersama-sama memeriahkan dan menyaksikan perlawanan tersebut.

Selain tayangan perlawanan bola sepak, pelbagai aktiviti sampingan turut diadakan seperti pertandingan sepak penalti, memanah, golf serta cabutan bertuah yang berjaya menarik penyertaan pelbagai lapisan masyarakat.

Tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini sebagai platform memupuk semangat kesukanan, perpaduan dan gaya hidup aktif dalam kalangan rakyat Melaka.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 13-05-2026, 15:48:01

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search