- JBS Melaka
- Hits: 32
SEMBANG SANTAI ANAK MUDA MERIAH SEMPENA ASAHAN FUN TRAIL 2026
- JBS Melaka
- Hits: 32
Asahan, 5 April 2026 – Program Sembang Santai Anak Muda Daerah Jasin telah berlangsung dengan meriah sempena Asahan Fun Trail 2026 di Asahan Water Theme Park.
Program ini merupakan sebahagian daripada inisiatif Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) Dewan Undangan Negeri (DUN) Asahan.
Majlis pelepasan peserta telah disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Asahan, YB Datuk Fairul Nizam bin Roslan.
Turut hadir memeriahkan acara ialah YB Datuk P. Shanmugam A/L V. Pitchay, EXCO Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), YBhg. Datuk Rahizi bin Ranom, Pegawai Daerah Jasin serta YBrs. Tuan Muhammad Zahiruddin bin Mohd Zahari, Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) serta En Mohd Hazriq Abu Zarin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Program larian sejauh 10 kilometer ini yang berjaya menarik penyertaan hampir 600 orang peserta. Menariknya, program ini bukan sahaja disertai oleh peserta tempatan dari dalam negeri Melaka, malah turut melibatkan penyertaan antarabangsa dari Perancis dan China.
Penganjuran program ini bukan sahaja menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda, malah menjadi platform mengeratkan silaturahim serta mempromosikan daerah Jasin sebagai destinasi rekreasi dan pelancongan.
Program ini merupakan hasil kerjasama antara Gerakan Belia 4B Malaysia Kampung Abbey, Jasin, pihak pengurusan Asahan Water Theme Park serta Pejabat Belia dan Sukan Daerah Jasin.
Tahniah & terima kasih kepada semua yang menjayakan serta para peserta yang berjaya menamatkan larian.
