- JBS Melaka
- Hits: 25
PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH ALOR GAJAH TAHUN 2026 MASIHI / 1447H
- JBS Melaka
- Hits: 25
ALOR GAJAH, 6 MAC 2026 – Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Alor Gajah Tahun 2026 telah berjaya berlangsung di Surau Az-Zahra, SMK Dato' Dol Said bermula pada 2 hingga 6 Mac 2026. Program ini bertujuan memupuk kecintaan belia terhadap Al-Quran serta meningkatkan amalan ibadah sepanjang Ramadan.
Aktiviti yang dianjurkan termasuk Tadarus Al-Quran, pembelajaran tajwid, dan diakhiri dengan khatam Al-Quran serta aktiviti memasak bubur lambuk yang menyemarakkan lagi semangat kebersamaan peserta. Program ini telah menarik penyertaan seramai 100 orang peserta dengan dibimbing oleh 10 orang pembimbing.
Sebagai tanda sokongan, pihak Pejabat Belia dan Sukan Daerah (PBSD) Alor Gajah telah menyerahkan 5 naskhah Al-Quran sebagai infak kepada Surau Az-Zahra.
Majlis penutup program telah disempurnakan oleh Encik Mohd Kamar bin Othman, Pengetua SMK Dato’ Dol Said. Turut hadir bersama Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, serta Encik Sodikin bin Ali, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Alor Gajah.
Program ini diharapkan dapat menjadi platform berterusan bagi belia untuk mendekatkan diri dengan surau atau masjid dan Al-Quran, serta memperkukuh jalinan ukhuwah antara peserta, pihak sekolah, dan masyarakat setempat.
