- JBS Melaka
- Hits: 30
REWANG BUBUR LAMBUK SEBAGAI ACARA PENUTUP PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN DAERAH JASIN 1447H / 2026M
- JBS Melaka
- Hits: 30
Selandar, 12 Mac 2026 - Telah berlangsung program Kacau Bubur Lambuk sebagai acara penutup bagi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Daerah Jasin 1447H / 2026M bertempat di perkarangan Pusat Sumber ADTEC JTM Kampus Selandar.
Pengisian program adalah aktiviti mengacau bubur lambuk secara gotong-royong yang melibatkan penyediaan sebanyak 3 periuk bubur lambuk untuk diagihkan kepada warga kampus dan komuniti setempat.
Program ini bertujuan mengukuhkan semangat kerjasama, memupuk nilai kesukarelawanan serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan peserta di samping menyemarakkan lagi amalan berkongsi rezeki sepanjang bulan Ramadan.
Hadir sama memeriahkan acara adalah En.Zailani Siran, Pengarah Jabatan Belia & Sukan Negeri Melaka diiringi Pegawai Belia dan Sukan Daerah Jasin, En. Mohd Hazriq Abu Zarin.
