- JBS Melaka
- Hits: 15
MAJLIS PERASMIAN PENUTUP DAN KACAU BUBUR LAMBUK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT DAERAH MELAKA TENGAH TAHUN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 15
BUKIT KATIL, 6 MAC 2026 - Telah berlangsung Tadarus Al-Quran, Majlis Perasmian Penutup Dan Kacau Bubur Lambuk Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Daerah Melaka Tengah Tahun 2026M/1447 Hijrah bertempat di ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, Melaka.
Objektif pelaksanaan program ini adalah sebagai salah satu platform yang dapat menarik minat belia untuk menghidupkan bulan Ramadan Al-Mubarak dengan pengisian aktiviti dan program kerohanian, menggalakkan pengisian kerohanian dalam jiwa para belia, membudayakan amalan sunnah dalam kalangan belia sepanjang bulan Ramadan dan juga dapat mengeratkan persaudaraan dan ukhuwwah dalam kalangan belia daripada pelbagai latar belakang.
Antara pengisian program ini adalah Tadarus Al-Quran, Moreh, Kacau dan agih Bubur Lambuk.
Seramai 100 Orang peserta telah mengambil bahagian dalam program ini yang telah dilaksanakan selama 5 hari bermula pada 02 Mac hingga 06 Mac 2026 di bawah bimbingan Pembimbing dan Fasilitator yang diketuai oleh Ustaz Mohamad Hakimi Bin Jasmi, Pegawai Perkhidmatan Pendidikan, ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, Melaka.
Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh YBhg. Tuan Ts. Nor Mohamad bin Sulong Timbalan Pengarah Latihan, ADTEC JTM Kampus Bukit Katil, Melaka. Turut hadir YBrs. Encik Zailani bin Siran, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Ustaz Ahmad Baihaki bin Mat Aref, Ketua Unit Pengajian Umum, ADTEC JTM kampus Bukit Katil dan Encik Wan Mohd Jefri bin Wan Hussin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Melaka Tengah.
