KELUARGA ARPRM JASIN BERTAMBAH LAGI

Jasin, 12 Mac 2026- Penyertaan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Daerah Jasin terus menunjukkan perkembangan positif dengan penyertaan baharu daripada pelajar SMK Dang Anum, Merlimau.

Seramai 38 orang pelajar telah menyertai program ini dengan pecahan seperti berikut:
- Tahap Gangsa – 30 orang
- Tahap Perak – 8 orang

Semua peserta ini berada di bawah bimbingan Guru Pembimbing ARPRM iaitu Cikgu Nur Khaliza binti Mahashim.
Penyertaan ini secara tidak langsung menambahkan lagi jumlah ahli dalam Keluarga ARPRM Daerah Jasin, sekali gus memberi peluang kepada para pelajar untuk membangunkan potensi diri melalui aktiviti kepimpinan, kesukarelawanan, kemahiran serta gaya hidup sihat selaras dengan aspirasi Rakan Muda.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search