- JBS Melaka
- Hits: 35
MAJLIS BACAAN YASIN SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN 2026
- JBS Melaka
- Hits: 35
Ayer Keroh, 13 Mac 2026 - Telah berlangsung Majlis Bacaan Yasin sebagai pengisian rohani sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026. Bacaan Yasin ini disertai oleh pegawai dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka (JBSNM) sebagai tanda sokongan dalam menyemarakkan pengisian keagamaan sepanjang bulan Ramadan.
Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026 dijadualkan berlangsung pada 15 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Abrar, Semabok, Melaka dengan penglibatan belia serta komuniti setempat bagi mengimarahkan institusi masjid dan memperkukuh ukhuwah dalam kalangan masyarakat.
