- JBS Melaka
- Hits: 20
MESYUARAT PENYELARASAN PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 20
DUYONG, 27 Februari 2026 – Satu Mesyuarat Penyelarasan bagi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026 telah diadakan di JAPERUN Duyong bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang bakal berlangsung pada 15 Mac 2026 bertempat di Masjid Al-Abrar, Semabok, Melaka.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan oleh YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong, yang turut menekankan kepentingan kerjasama strategik antara agensi, NGO dan komuniti setempat dalam menjayakan program berimpak tinggi kepada golongan muda.
Perbincangan tertumpu kepada penyelarasan aktiviti, pembahagian peranan jawatankuasa, pengisian program yang bersifat kerohanian serta kemasyarakatan, selain memastikan penglibatan anak muda di seluruh Negeri Melaka.
Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan 2026 dijangka menjadi platform terbaik dalam menyemarakkan semangat kesukarelawanan, memperkukuh ukhuwah serta menyantuni komuniti di bulan yang penuh keberkatan ini.
