- JBS Melaka
- Hits: 17
LAWATAN TAPAK PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026
- JBS Melaka
- Hits: 17
DUYONG, 27 Februari 2026 – Satu lawatan tapak bagi Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026 telah diadakan di Masjid Al Abrar Semabok sebagai persediaan awal bagi memastikan kelancaran pelaksanaan program yang bakal berlangsung pada 15 Mac 2026.
Lawatan tersebut telah dihadiri oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka, Encik Zailani bin Siran. Kehadiran beliau bersama pegawai-pegawai terlibat dan agensi-agensi yang berkaitan bagi meninjau kemudahan, ruang pelaksanaan aktiviti serta aspek logistik bagi menjamin keselesaan dan keselamatan para peserta.
Lawatan ini turut menjadi platform perbincangan bersama pihak pengurusan masjid dalam memperkukuh kerjasama strategik demi menjayakan program berimpak tinggi kepada golongan belia.
