- JBS Melaka
- Hits: 33
YB MENTERI BELIA DAN SUKAN MALAYSIA SANTUNI BELIA MELAKA
- JBS Melaka
- Hits: 33
Semabok, 15 Mac 2026 – Program Jelajah Rakan Muda : Program Imarah Rakan Muda Peringkat Negeri Melaka 2026 yang menampilkan sesi dialog santai bersama YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia, telah berlangsung dengan penuh meriah serta mendapat sambutan hangat daripada golongan belia di negeri Melaka.
Program anjuran Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka dengan kerjasama JAPERUN Duyong ini bertujuan mendekati golongan belia secara lebih dekat serta memberi ruang kepada mereka untuk menyuarakan pandangan, idea dan cadangan berkaitan pembangunan belia di negara ini.
Dalam sesi dialog tersebut, para pemimpin belia, wakil persatuan serta belia komuniti berpeluang berkongsi pandangan mengenai pelbagai isu termasuk pembangunan bakat belia, peluang ekonomi, sukan komuniti serta penglibatan aktif belia dalam program pembangunan masyarakat.
Menurut YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan Malaysia program seperti ini penting bagi memastikan suara anak muda terus didengar serta menjadi panduan kepada kerajaan dalam merangka dasar dan program yang lebih relevan kepada generasi muda.
