- JBS Melaka
- Hits: 14
YB MENTERI SERIKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN
- JBS Melaka
- Hits: 14
Semabok, 15 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026 telah diserikan dengan kehadiran YB Dr. Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan hadir memeriahkan lagi majlis.
Konsep mengimarahkan bulan Ramadan melalui penganjuran Majlis Khatam Al-Quran yang melibatkan penyertaan belia dan komuniti setempat. Memperkukuh hubungan antara institusi masjid, belia dan agensi kerajaan melalui program kolaborasi Rakan Masjid dan Rakan Muda.
Turut hadir memeriahkan majlis YBrs. Puan Azura Abidin, Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, YB Datuk VP Shanmugam A/L V. Pitchay, Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Negeri Melaka dan YB Datuk Mohd Noor Helmy bin Abdul Halem, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong.
