MAJLIS KHATAM AL-QURAN SEMPENA PROGRAM RAKAN MASJID X RAKAN MUDA RAMADAN PERINGKAT NEGERI MELAKA 2026

Semabok, 15 Mac 2026 – Majlis Khatam Al-Quran sempena Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan Peringkat Negeri Melaka 2026 telah berlangsung dengan penuh keberkatan di Masjid Al-Abrar, Semabok, Melaka.

Seramai 130 peserta khatam yang mewakili daerah Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin telah mengambil bahagian dalam majlis ini. Majlis khatam Al-Quran ini dipimpin oleh Encik Mohd Suhaimi bin Salleh, Imam 1 Masjid Al-Abrar, Semabok. Turut hadir YBrs. Encik Zailaini bin Siran, Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negeri Melaka.

Semoga program seperti ini terus menyemarakkan kecintaan terhadap Al-Quran serta mengeratkan ukhuwah dalam kalangan masyarakat, khususnya generasi muda sepanjang bulan Ramadan yang mulia.

Image
Jalan Tasek, Ayer Keroh,
75450 Melaka
Tel : 06-2345900/901/902/903 | Fax : 06-2345905

jbsnmlk@kbs.gov.my
http://www.jbsn.gov.my/jbs-melaka

Pautan Dalaman

Pautan Luar

Kemaskini Terakhir: 25-03-2026, 08:57:50

Copyright © 2026 JBSN | UPKP, BPM/KBS.

Design & Development By JoomShaper

Search